UPSI LANTIK WAKIL ALUMNI DI NUSA TENGGARA BARAT, INDONESIA

Indonesia- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS) melantik Pengerusi Ikatan Alumni UPSI NTB-INDONESIA dalam rangka kerja delegasi UPSI yang diketuai Pusat Alumni ke kepulauan tersebut. Ikatan Alumni ini sebagai wadah penyambung silaturrahim dan kerjasama antara UPSI dan sektor pendidikan disana.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI dalam ucapannya menyebut “Kewujudan Ikatan Alumni NTB ini akan menjadi penyambung silaturrahim antara Alumni imni masyarakat dan pemerintah di Nusa Tenggara Barat. Alumni perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kerajaan untuk menaikkan tarat pendidikan disini.” Selain menjalinkan hubungan yang baik, Ikatan Alumni (IKA) UPSI-NTB ini juga diharapkan dapat melahirkan dan menjalankan program-program yang memberikan manfaat bagi masyarakat setempat sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Amanat Yang Berhormat Menteri baru-baru ini iaitu setiap Universiti harus melaksanakan program yang berbentuk “Knowledge Transfer Programe”.

Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini Azmi dalam ucapannya menyebut kepentingan Alumni untuk berbakti semula pada masyarakat. “Seperti yang kita semua sedia maklum, dua orang Alumni dari indonesia iaitu Saudara Thahirul Hakim dan Saudara Muhibbin telah berjaya membangun dan menguruskan dua buah madrasah untuk kemudahan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan disini. Kejayaan mereka membina madrasah pada usia yang muda harus dijadikan contoh buat kita semua. Sehingga saat ini, Alumni UPSI yang berasal dari Lombok seramai hampir 100 orang. Mereka ini semua merupakan mahasiswa yang mendapat tajaan penuh dari kerajaan Indonesia untuk menyambung pengajian di Malaysia. Pihak Universiti sentiasa memberikan peluang jika mereka memerlukan apa-apa bantuan pendidikan kelak kerana UPSI akan terus memacu Pendidikan untuk semua”, katanya lagi.

Di Majlis itu juga, pihak UPSI secara rasmi telah melantik beberapa perwakilan bagi mewakili daerah-daerah di Nusa Tenggara Barat untuk terus mengembangkan pendidikan dan membawa nama UPSI dipersada global. Berikut merupakan senarai penuh jawatankuasa Alumni UPSI di Nusa Tenggara Barat bagi tempoh 2023-2026.

Skip to content