JELAJAH IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN PULAU LANGKAWI

PULAU LANGKAWI 3 OGOS 2023 – Pusat Alumni UPSI telah menganjurkan majlis makan malam sempena Jelajah Ibu Kandung Suluh Budiman Pulau Langkawi pada 29 Julai 2023. Jelajah Ini bertujuan untuk menjejak alumni daripada era SITC, MPSI, IPSI dan UPSI yang kini telah mengajar dan menetap di Pulau Lagenda tersebut selain daripada untuk berkongsi kasih dan cinta ibu kandung kepada anak kandung.

Seramai 42 orang alumni yang berada di Pulau Langkawi dari pelbagai era telah hadir ke majlis makan malam yang bertempat di Delta Cenang Resort. Majlis ini meraikan kehadiran alumni dengan ucapan daripada pengarah Pusat Alumni UPSI sendiri, Dr. Siti Hartini dan penerangan serba sedikit tentang faedah dan kelebihan menjadi ahli kepada persatuan alumni suluh budiman oleh En. Muhammad Zafir.

Majlis makan malam ini turut diserikan dengan kehadiran Mantan Pegawai Kewangan Negeri Kedah Dato’ Wira Haji Mohd Fuzi bin Mohaidin selaku presiden AKSB negeri Kedah. Dalam ucapan beliau, beliau berkongsikan serba sedikit pengalaman beliau ketika melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris

Semoga hubungan baik antara alumni dan alma mater berterusan bagi menjamin kecemerlangan dan menaikkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Skip to content