Profesor Dr. Sidek Baba
Pusat Perhubungan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Syarahan Alumni Siri Pertama pada 30 April 2012 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa, UPSI. Syarahan Alumni Budiman kali pertama ini akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Sidek Baba, Profesor Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dr Sidekialah ahli alumni yang pernah menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1966-1967. Beliau seorang yang berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun kemudian bertugas pula pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun. Beliau pernah dilantik sebagai Dekan Akademik Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi pada tahun 1992 hingga 1994. Pada tahun 1994 hinga 2002 dilantik pula menjadi Timbalan Rektor di UIA Malaysia. Ahlli alumni Suluh Budiman dijemput hadir ke majlis syarahan ini. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Puan Masturiana Basri di talian 05-4505324.
Duduk dari kiri: Dr Seri Lanang, Dato' Hj Rosley Taib, Pendaftar, Prof. Dato' Dr.Zakaria Kasa, Naib Cansleor, Dr Muhamadsakree, Pengerusi Penaja Alumni Chapter Thailand, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali dan Prof. Dr. Omar Abdull Kareem. Bergambar kenangan bersama ahli alumni Chapter Thailand.
Yala,Thailand, Jan 11 - Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Chapter Thailand telah ditubuhkan hari ini di Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand. Majlis pelancaran penubuhan alumni ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa, Naib Cansleor UPSI. Seramai 25 orang pelajar lepasan UPSI tahun hadir pada majlis ini. Pengerusi Penaja Persatuan Alumni UPSI Chapter Thailand, Dr. Muhammadsakree memberitahu, penubuhan alumni chapter Thailand akan dapat membantu UPSI memperluaskan jaringan kerjasama dengan pihak-pihak lain di Thailand. Sementara itu, Naib Canselor UPSI menyeru supaya ahli alumni membantu UPSI dari segi promosi kepada pelajar dan pensyarah di Thailand untuk menyambung pengajian di UPSI, khususnya dalam bidang pendidkan Bahasa Melayu, TESL dan pendidikan awal kanak-kanak. Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Profesor Dr. Omar Abdull Kareem, Timbalan Naib Canselor Akadmeik & Antarabangsa UPSI, Dekan-Dekan Fakulti di UPSI, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, UPSI dan beberapa orang ahli akademik Universiti Islam Yala.
rogram Sireh Ke Gagang Siri Kedua yang dijadualkan dilaksanakan pada 22-23 Julai 2011 telah ditangguhkan ke bulan Oktober 2011 akan datang. Penangguhan ini disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baharu dicadangkan ialah 27-29 November 2011. Saya mengalu-alukan kehadiran ahli alumni SITC-UPSI ke tempat ibu kandungnya sempena program ini. Pengesahan untuk hadir hendaklah dimaklumkan kepada pihak Unit Alumni UPSI pada atau sebelum 18 NOVEMBER 2011 ke alamat emel
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
,
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
atau dengan menghubungi facebook rasmi Alumni UPSI. Ahli alumni juga boleh menghubungi Puan Mustariana (05-4505324))EncikRaja Ahmad Shalaby Raja Hasan (0173189207) atau Dr Abdul Halim Ali 013 3326213. Ahli alumni SITC-MPSI-IPSI-UPSI dengan sukacitanya dijemput hadir.






