ALUMNI UPSI BINA MADRASAH PENGAJIAN DI INDONESIA

Indonesia –  Baru baru ini UPSI sekali lagi memainkan peranan sebagai universiti peneraju pendidikan negara dengan berjaya membangunkan 2 madrasah di negara jiran, Indonesia.

Nusa Tenggara Barat dipilih sebagai destinasi utama UPSI dalam jelajah Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) pada kali ini. Kerjasama baik ini, dijayakan dengan penglibatan alumni UPSI iaitu saudara Thahirul Hakim Alumni UPSI 2022 dan saudara Muhibin Alumni UPSI 2021 selaku anak kelahiran kepulauan tersebut.

Melalui jelajah ini, sejumiah dana telahpun disalurkan dalam membantu menaik taraf infrastruktur Madrasah Aliyyah NWDI Gereneng dan Madrasah Aliyyah Raudhatul ilmi NWDI Lingsar yang mana kedua duanya adalah milik alumni UPSI ini. Hakim yang kini merupakan pemilik dan pengetua madrasah, dalam ucapannya menekankan kepentingan pendidikan buat anak anak bangsa Indonesia. Katanya lagi dalam ucapan, pendidikan yang diperoleh merupakan sebuah tangga kejayaan buat dirinya yang ingin berbakti di tempat membesarnya. “UPSI memberikan peluang kepada saya untuk menimba ilmu disana, dengan ilmu dan kecekalan yang saya ada, alhamdullillah hari ini saya mampu membangunkan sebuah madrasah buat warga desa saya”, ujarnya.

Muhibbin dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih buat pihak UPSI terutamanya Pusat Alumni kerana menjayakan dan membantu mereka di sini. “Saya amat terharu bila mana ndapat panggilan WhatsApp dari pihak Pusat Alumni berkenaan kunjungan UPSI ke Lombok pada kali ini, saya fikirkan hanya datang mahu melihat sahaja, rupanya telah pun bersiap untuk membantu kami dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik buat anak anak bangsa Indonesia”, ujarnya.

Pendidikan bukan hanya boleh dicapai oleh orang yang yang berkemampuan tetapi pendidikan itu harus ditelusuri oleh semua kerana UPSI sentiasa memperlihatkan dan menterjemahkan bahawa Pendidikan Untuk Semua. Sebagai sebuah Universi Pendidikan ulung di Malaysia, usaha sebegini amat baik dalam melonjakkan sistem pendidikan negara dan membawa nama baik Malaysia di persada antarabangsa khasnya dan Nusantara amnya.

Turut menjadi menjadi tumpuan dalam program jelajah AKSB ini adalah dengan kehadiran wakil Gabenor Nusa Tenggara Barat yang menyambut baik delegasi yang diketuai Prof. Dr Norkhalid Salimin selaku Timbalan Naib Canselor UPSI ke majlis yang diadakan di madrasah milik Alumni UPSI. Lawatan bagi melihat proses membangun infrastruktur turut diadakan sebagai tanda sokongan penuh UPSI kepada kedua-dua AKSB yang membangunkan madrasah tersebut.

UPSI turut menyasarkan beberapa lagi buah negara dalam menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi mengenai usaha mengenai ‘Knowledge Transfer Programe’. Menurut  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, keperluan untuk kerjasama silang budaya dan perkongsian ilmu menjadi semakin penting dimana beliau menekankan bahawa sistem pendidikan, program dan akademik negara mesti ditawarkan kepada bakat di luar sempadan Malaysia. Matlamat ini bukan hanya untuk menarik pelajar antrabangsa sebagai hab pendidikan tinggi dan bakat semata-mata. Namun ia juga melibatkan mempromosikan pertukaran budaya, mewujudkan perkongsian baharu, dan membangunkan warga global.

Skip to content