ADAM ADLI HADIR MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI DAN SAMBUTAN HARI ALUMNI UPSI 2023

Tanjong Malim – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir memenuhi jemputan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Alumni UPSI 2023 yang berlangsung di Dewan SITC, UPSI.

Beliau yang juga merupakan Alumni UPSI tiba pada jam 9.50 pagi disambut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Prof Dr Norkhalid Salimin, Pengarah Pusat Alumni; Dr Siti Hartini Azmi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (wakil Alumni); Dato Seri Ahmad Burak.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak; YB Khairuddin Abu Hanipah. YB Khairuddin juga merupakan salah seorang Alumni UPSI.

Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Alumni UPSI 2023 ini dikelola sepenuhnya oleh Pusat Alumni UPSI. Penganjuran majlis hari raya aidilfitri ini dilihat sebagai satu wadah untuk para Alumni bertemu semula disamping mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan para Alumni sekaligus bersama menyambut Hari Alumni UPSI 2023 yang telah disambut secara atas talian pada 31 Mac yang lepas. Tarikh 31 Mac telah diwartakan sebagai Hari Alumni UPSI bersempena tarikh pertama graduasi pelajar SITC pada tahun 1924.

Di majlis tersebut, sebanyak 6 Anugerah Ikon Alumni Anak Kandung Suluh Budiman telah dipertandingkan iaitu Ikon Keusahawanan, Kesukarelawan, Inovasi, Sukan, Pengurusan dan Pendidikan. Majlis tersebut turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. UPSI yang terkenal dengan sebuah institusi yang melahirkan para guru sentiasa menjalinkan kerjasama yang baik dengan setiap Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 

Kehadiran Alumni di majlis ini dianggarkan seramai hampir 400 orang. Alumni yang hadir adalah Alumni dari pelbagai era institusi ini. Menurut Pusat Alumni ketika dihubungi memaklumkan, ada dikalangan Alumni yang hadir dari borneo semata mata untuk hadir ke majlis hari raya ini. Pusat Alumni juga berterima kasih kepada para Alumni yang hadir disamping menzahirkan kesyukuran kerana berjaya satukan Alumni pelbagai era bermula era SITC, MPSI, IPSI dan UPSI.

Skip to content