BENGKEL PEMANTAPAN SAHABAT ALUMNI MAHASISWA (SAM) SIDANG 2023/2024

Port Dickson, 19 April 2024 – Seramai 41 peserta yang terdiri daripada jawatankuasa Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) telah menyertai Bengkel Pemantapan Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) sidang 2023/2024 yang merupakan persatuan pelajar di bawah pengurusan Pusat Alumni UPSI pada 19 hingga 21 April bertempat di Corus Hotel, Port Dickson.

Bengkel yang bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara ahli jawatankuasa SAM bersama staf Pusat Alumni yang berada dalam satu badan pengurusan yang sama. Program yang dapat membina semangat berpasukan, mengasah sikap bekerjasama, kepimpinan diri, komunikasi dan toleransi dalam diri setiap peserta. Program yang boleh menjadi satu medan bagi mewujudkan jalinan antara Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) dan staf Pusat Alumni untuk mengenali satu sama lain.

Terdapat juga pengisian yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan bagi mahasiswa dalam bidang pengurusan, dokumentasi dan persediaan bagi penganjuran aktiviti dan program badan pelajar yang telah disampaikan oleh Puan Nordiana Ramli dari Bahagian Pembangunan Sahsiah Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada 20 April. Dalam pada itu, ia juga dapat mengasah kebolehan diri dalam bidang dokumentasi serta prestasi dan KPI Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) bagi sidang 2023/2024 meningkat.

Bengkel ini juga menerapkan nilai-nilai berkerjasama serta membina semangat berpasukan melalui aktiviti Ice Breaking dalam kalangan peserta bagi mewujudkan keadaan yang lebih mesra di kalangan ahli kumpulan atau sesama peserta umumnya. Selain itu, aktiviti khidmat komuniti (CSR) membersihkan sekitar pantai Port Dickson yang dapat mewujudkan sikap tanggungjawab dalam diri peserta dalam menjaga alam sekitar.

Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Rasyidi Johan telah memberi sesi taklimat dan penyampaian watikah pelantikan kepada jawatankuasa Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) bagi sidang 2023/2024. Sebagai penutup wacana, semoga dengan pelantikan ini, semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh taat dan dedikasi.

Skip to content