ZIARAH ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN (AKSB) JALIN HUBUNGAN ERAT ANTARA ALUMNI

Aceh, 7 Mac 2024 – Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh menjadi lokasi bagi ziarah alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) Antarabangsa Aceh kali ini. Program yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara alumni AKSB, mengeratkan ikatan sesama alumni, serta perkongsian idea dan pandangan bagi meningkatkan kecemerlangan bersama.

Program ini telah bermula dengan sesi perkongsian oleh Mantan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Prof.Madya Dr. Md Noor Saper berkenaan program pengajian yang terdapat di UPSI. Selain itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Siti Hartini Azmi juga turut memberi perkongsian berkenaan ‘Success Story UPSI’, mempromosikan dan menggalakkan pelajar melanjutkan pelajaran di UPSI serta kelebihan menjadi alumni UPSI. Selain itu, beliau turut menekankan nilai-nilai yang diterapkan oleh AKSB dalam pembentukan diri serta sejauh mana alumni dapat memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat.

Sekretaris Program Studi Pendidikan Teknik Elektro, Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Bunda Sadrina adalah antara alumni AKSB Aceh yang sedang berkhidmat di UIN Ar-Raniry Banda Aceh. Bunda Sadrina berkesempatan berkongsi pengalaman ketika menjalani pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pengalaman yang mereka bawa memberikan pandangan unik tentang perjalanan akademik dan kehidupan selepas menjadi alumni AKSB.

Program ziarah ini diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada alumni AKSB Aceh, Bunda Sadrina serta sesi fotografi bersama mahasiswa Fakultas Tarbiyah dan Keguruan. Dengan harapan agar program ini dapat menjadi titik tolak untuk pertemuan dan kerjasama yang lebih banyak di masa akan datang.

Skip to content