TEMU DAN TEGUR IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN ANTARABANGSA RIAU, INDONESIA DAN JEJAK ALUMNI DI BUKIT TINGGI & PADANG

Riau, 5 Ogos 2024 – Pusat Alumni menganjurkan Program Temu dan Tegur Ibu Kandung Suluh Budiman Antarabangsa Riau, Indonesia pada 5 Ogos 2024.

Program ini diadakan di Ruang Gedung Rektorat, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau telah berjaya menghimpunkan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman dan juga turut hadir adalah pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Ibu Kandung Suluh Budiman.

UPSI dihadiri oleh Pengarah Pusah Alumni, Dr. Siti Hartini Azmi; Pengarah Ulul Albab, Dr. Sakinah Salleh dan juga Penyelaras Pusat Ulul Albab, Dr. Tajul Rosli Shuib. Manakala, wakil dari pihak UIN Suska Riau turut dihadiri oleh wakil Rektor III Bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama, Prof. Edi Erwan.

bjektif program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Alumni, mempererat hubungan di antara kedua universiti serta dapat mempromosikan UPSI kepada pelajar Riau.

Selain itu, dapat memberi perkongsian “Success Story” terkini Pusat Alumni UPSI kepada pelajar di Riau. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Prof. Edi Erwan yang menekankan kepentingan kerjasama antara universiti dalam meningkatkan kualiti pendidikan.

Beliau juga turut meluahkan rasa bangga atas kehadiran tetamu yang hadir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Dr. Siti Hartini dalam ucapannya turut mengungkapkan harapannya agar kerjasama antara kedua universiti dapat memberikan manfaat yang besar bagi para mahasiswa dan alumni.

Bukan itu sahaja, beliau turut berkongsi mengenai inisiatif yang ditawarkan oleh Pusat Alumni, UPSI kepada alumni Anak Kandung Suluh Budiman. Selain itu, beliau juga mempromosikan program-program dan fasiliti di UPSI agar dapat menarik minat pelajar dari Riau untuk menyambung pelajaran yang lebih tinggi di UPSI.

Program ini juga turut memberi peluang kepada pelajar dari dua universiti untuk saling bertukar pandangan, pengalaman dalam usaha untuk meneruskan hubungan kerjasama ini. Sesi perkongsian ini diharapkan dapat memberi wawasan dan motivasi baru kepada para pelajar untuk terus meningkatkan pencapaian diri ke tahap yang lebih tertinggi di UPSI.

Program ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai penutup program Temu dan Tegur AKSB Riau dan semoga dapat menjadi titik tolak untuk pertemuan dan kerjasama yang lebih banyak di masa hadapan.

Perjumpaan alumni tidak hanya terhenti di Riau kerana Pusat Alumni turut mengatur perjumpaan bersama alumni Anak Kandung Suluh Budiman di Bukit Tinggi dan di Padang pada 6 dan 7 Ogos 2024. Sesi bertukar buah fikiran, pendapat dan informasi dapat mengukuhkan lagi perhubungan selain dapat menjalin kerjasama untuk program akan datang. Semoga hubungan baik yang terjalin ini akan dapat terus berkekalan. 

Skip to content