PROGRAM ZOOWISE: MEMUPUK MINDA MUDA MELALUI ALAM

Selangor, 13 November 2024 – Seramai 70 orang sukarelawan terdiri daripada Taska Kemas Tanjung Malim dan Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) dibawah pusat tanggungjawab Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program Zoowise: ‘Nurturing Young Minds Through Nature’ di Zoo Negara.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan meningkatkan rasa tanggungjawab untuk menjaga habitat haiwan-haiwan ini serta mengurangkan kesan pencemaran yang boleh menjejaskan kehidupan mereka.  

Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh ahli SAM. Selepas itu, mereka meneruskan program dengan aktiviti gotong royong disekitar kawasan Zoo Negara.

Ahli SAM dan kanak-kanak dari Taska Tanjung Malim digabungkan untuk membentuk beberapa kumpulan kecil sebelum meneruskan lagi aktiviti.

Dalam aktiviti  tersebut, setiap kumpulan dibekalkan dengan plastik sampah bagi memudahkan aktiviti gotong-royong dijalankan.

Dalam masa yang sama, ahli SAM berkongsi serba sedikit maklumat tentang haiwan-haiwan yang berada di Zoo Negara kepada kanak-kanak Taska Tanjung Malim .

Hasil daripada program ini juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah terutamanya dari segi komunikasi, kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan dalam menganjurkan program yang melibatkan pihak luar.

Selain itu, dengan adanya program seperti ini dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan pelajar universiti dan kanak-kanak taska.

Program ini diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata daripada pihak Taska Kemas Tanjung Malim sebagai tanda penghargaan kepada Pusat Alumni, UPSI.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat terus memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri generasi muda masa kini.

Skip to content