ALUMNI HOME COMING- ‘REUNION JALINAN KASIH ALUMNI AKSB ERA IPSI 1991/1993’

UPSI, Tanjong Malim– Reunion Jalinan Kasih Alumni AKSB Era IPSI 1991/1993 telah diadakan di Dewan Banquet, Aras 5, Bangunan e-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 12 Februari sehingga 13 Februari yang lalu dengan penglibatan seramai 42 orang alumni termasuk keluarga.

Program yang berlangsung selama dua hari ini telah mengembalikan memori yang tercipta di zaman pengajian mereka dahulu dengan lawatan sekitar kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Muzium UPSI dan lain- lain. Setelah lebih 30 tahun tamat pengajian, alumni era IPSI 1991/1993 kini telah kembali ke tempat pengajian melalui program di bawah Alumni Home Coming kendalian Pusat Alumni UPSI.

Pusat Alumni turut dapat mengumpul data terkini berkenaan pencapaian dan perkhidmatan alumni AKSB era IPSI 1991/1993 melalui program Alumni Home Coming ini. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan dan jaringan antara alumni dan staf Pusat Alumni UPSI.

Program ini turut diserikan dengan perkongsian dari Penolong Pendaftar Kanan Pusat Alumni, Anizan Md Noor dan penasihat program, Mohd Tarmizi Maruddin yang juga alumni AKSB era IPSI yang kini sedang berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Hicom, Shah Alam. Program yang diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan fotografi bersama semua alumni dan staf yang terlibat.

Semoga segala perancangan dalam meneruskan jalinan antara alumni dan Pusat Alumni UPSI dapat terus dilaksanakan. Pihak Pusat Alumni juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua alumni IPSI 1991/1993 yang menglibatkan diri dalam jamuan yang diadakan. Semoga semua alumni dapat melahiran generasi insan yang cemerlang dan terus berbakti kepada bangsa dan Negara.

Skip to content