PROGRAM TEMU MESRA ALUMNI ZON PANTAI TIMUR ERAT IKATAN UKHWAH

Setiu, 18 September 2024 – Program Temu Mesra Alumni yang diadakan di SMK Guntong, Setiu, Terengganu merupakan program tahunan bagi Alumni Zon Timur.

Program ini telah melibatkan alumni UPSI dari 4 era yang berbeza iaitu dari Era Sultan Idris Training College (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program ini bertujuan untuk menghimpunkan para alumni UPSI dari pelbagai pelusuk kawasan di zon timur dalam usaha inisiatif Pusat Alumni UPSI memperkasa dan mengimarahkan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman.

Antara lain, melalui penganjuran program seumpanan ini ianya merupakan platform terbaik untuk mengukuh dan mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan alumni UPSI.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr Norkhalid Salimin menzahirkan rasa bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para alumni dalam memastikan setiap program yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari para alumni.

Menurut Profesor Dr Norkhalid Salimin juga, universiti sangat berbesar hati jika seluruh alumni turut kembali berbakti memberikan apa sahaja jenis sumbangan kepada universiti tercinta ini.

Pastinya universiti sangat bertuah jika seluruh alumni kembali membantu menyumbang kepakaran mahupun keperluan demi kelestarian univerisiti.

Turut menzahirkan ucapan tahniah adalah Pengarah Pusat Alumni yang baharu iaitu Dr Omar Firdaus  Mohd Said atas kejayan penganjuran Program Temu Mesra Alumni UPSI bagi edisi di Negeri Pantai Timur.

Menurut beliau, penganjuran program sebegini sangat signifikan bagu Pusat Alumni kerana ianya merupakan salah satu platform terbaik Pusat Alumni dalam menyampaikan serta berkongsi berkaitan inisiatif-inisiatif yang telahpun dibangunkan buat alumni UPSI.

Inisiatif-inisiatif yang dibangunkan adalah sebahagian daripada tanggungjawab universiti kepada alumni untuk terus mendekati universiti tercinta ini.

Beliau juga turut berharap agar penganjuran seperti ini dapat diteruskan sebagai aktiviti tahunan alumni dalam usaha memperkasa dan mengimarahkan alumni UPSI diseluruh negara.

Penganjuran Program Temu Mesra bagi Zon Pantai Timur kali ini adalah kerjasama dan inisiatif pihak Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK).

Turut hadir bersama bagi memeriahkan Majlis Temu Mesra Alumni Zon Pantai Timur adalah Profesor. Madya. Dr. Yakup Mohd Rafee (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Puan Norazlina Aladdin, (Wakil Pusat Alumni UPSI), YM Raja Azi Raja Ismail (Pk Hem SMK Guntong).

Selain penganjuran program Temu Mesra Fakulti Seni, Kelestarian & Industri Kreatif, pihak fakulti juga turut mengadakan booth pameran yang mempamerkan hasil kerja pelajar-pelajar fakulti tersebut.

Booth-booth jualan barangan cenderahati UPSI juga turut dibuka bagi menggalakkan alumni UPSI untuk mendapatkan barangan jenama UPSI bagi kegunaan harian dan sebagainya.

Pihak Pusat Alumni Upsi turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Guntong, Setiu serta komuniti setempat yang telah memberi sokongan yang baik dalam menjayakan program tersebut.

Pihak Pusat Alumni turut merakamkan ucapan sekalung tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sokongan dan penyertaan aktif alumni dalam program sebegini akan memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara pihak universiti dan alumni UPSI.

Skip to content