PUSAT ALUMNI ZIARAH KELUARGA NUR FARAH KARTINI

Pekan, 18 Julai 2024 – Pencarian kepada kehilangan Nur Farah Kartini berakhir apabila jasadnya ditemukan di ladang kelapa sawit, Kg. Sri Keledang, Selangor dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dijalankan bedah siasat.

Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nur Farah Kartini yang juga alumni Anak Kandung Suluh Budiman, UPSI. Sumbangan ini diberikan sebagai tanda prihatin dan kasih sayang daripada pihak Pusat Alumni agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga allahyarhamah.

Wakil Pusat Alumni turut menziarahi ahli keluarga allahyarhamah di rumah ibu mentua abang kepada Almarhumah Nur Farah Kartini. Kunjungan ini adalah untuk memberikan sokongan moral dan menunjukkan keprihatinan terhadap keluarga yang kehilangan insan tersayang.

Pusat Alumni ini bukan sahaja menggambarkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap Allahyarhamah Nur Farah Kartini, tetapi juga mengukuhkan ikatan persaudaraan dan dalam kalangan alumni serta warga universiti. Semoga Allahyarhamah Nur Farah Kartini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga keluarga almarhumah diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.

Skip to content