JARINGAN USAHA SAMA PUSAT ALUMNI UPSI DAN UIN AR-RANIRY

Tanjong Malim- Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan delegasi Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universitas Islam Negeri (UIN) AR-Raniry, Banda Aceh, Indonesia dari 20 hingga 21 Jun. Delegasi ini mengadakan lawatan ke beberapa fakulti dan pusat tanggungjawab di UPSI sebagai penanda aras dalam membangunkan sesi pembelajaran yang lebih berkesan dan teratur.

Lawatan yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 7 orang pensyarah dari UIN Ar-Raniry. Lawatan yang bertujuan untuk membina jaringan kerjasama di antara fakulti serta mempromosikan program pesisir di bawah fakulti ke peringkat antarabangsa. Pusat Alumni UPSI menjadi penghubung antara Fakultas Tarbiyah dan Keguruan melalui alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) era UPSI, Bunda Sadrina dari Fakulti Teknikal dan Vokasional yang telah bergraduat pada tahun 2015.

Program ini memulakan lawatan ke Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dan disambut dengan perkongsian maklumat dari Pensyarah Mechatronic, Dr. Fardila dan Penolong Jurutera, Mohd Soleh Huddin. Sesi perkongsian ini juga telah disertai oleh Timbalan Pendaftar FTV, Ahmad Tarmizi serta Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan, Ts. Dr. Tang Jing Rui dan 4 orang pensyarah dari UIN Ar-Raniry.

Turut berlangsung lawatan ke program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) oleh 3 orang pensyarah dari UIN Ar-Raniry ini dan disambut oleh Ketua Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Dr. Seah Siok Peh serta pensyarah dari program PAKK bersama Pengerusi Alumni, Chapter Aceh UPSI, Arrazi.

Di samping itu, Pusat Alumni UPSI turut meraikan delegasi dari UIN Ar-Raniry dengan mengadakan majlis sambutan serta penyampaian mafla Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) pada 21 Jun di ruang legar Pusat Pelajar. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Siti Hartini bersama Penolong Pendaftar Kanan Pusat Alumni, Anizan dan staf Pusat Alumni.

Lawatan ini diakhiri dengan mengunjungi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dan Sekolah Rendah Seri Budiman bagi program khidmat masyarakat peringkat antarabangsa oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, mempelajari kaedah penyelidikan yang digunakan bagi menilai tahap pembelajaran murid-murid.

Semoga segala usaha dan perancangan dalam meneruskan jalinan antara UIN Ar-Raniry dan UPSI dapat terus dilaksanakan. Pihak Pusat Alumni juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah UIN Ar-Raniry yang hadir dalam lawatan penanda aras ini dan dapat melahirkan generasi insan yang cemerlang dan terus berbakti sehingga peringkat antarabangsa.

Skip to content