Aceh, 6 Mac 2024 – Program ‘Temu dan Tegur Alumni Anak Kandung Suluh Budiman’ berlangsung dengan jayanya di Dewan Universitas Syiah Kuala, merupakan hasil kolaborasi antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Himpunan Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling (HIMKA), Universitas Syiah Kuala.
Program tersebut dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Ketua Jurusan Bimbingan Kaunseling, Bunda Nurbaity, M.Ed. Dalam ucapan beliau, Bunda Nurbaity menyatakan harapannya agar program ini dapat menjalinkan hubungan yang erat antara Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) serta memperkuatkan ikatan kerjasama bersama.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi perkongsian ‘Success Story’ terkini Pusat Alumni UPSI serta mempromosi dan menggalakkan pelajar dari Banda Aceh untuk melanjutkan pelajaran di UPSI. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Siti Hartini Azmi. Program ini juga termasuk dalam menjalinkan perhubungan yang lebih erat antara alumni AKSB serta memperkayakan pemahaman, pertukaran idea, dan kerjasama artistik dalam kalangan alumni.
Seramai 50 orang alumni AKSB yang berkhidmat di sekitar Bandar Aceh telah hadir dalam program ini yang dimulakan dengan persembahan pembukaan tarian Aceh Tamjang oleh mahasiswa Universitas Syiah Kuala. Majlis juga diselangi dengan persembahan dari Pusat Kaunseling UPSI serta penampilan istimewa persembahan teater daripada mahasiswa Universitas Syiah Kuala.
Menurut Pengarah Pusat Alumni UPSI, beliau dengan besar harapan mengharapkan agar program ini dapat dieratkan dengan lebih kukuh bersama alma mater mereka. Semoga program ini tidak hanya menjadi acara sambutan semata-mata, tetapi juga menjadi batu loncatan untuk menjana lebih banyak kerjasama dan pertukaran positif di kalangan alumni AKSB, tidak kira di mana mereka berada.