Proton City –Pusat Alumni dengan kerjasama Kolej Diploma meneruskan program Permata hati Alumni Siri 6 pada 26hb April bertempat di Dewan KHAR. Pusat Alumni telah menjadikan SMK Meru Klang sebagai sekolah angkat dan majlis menandatngani perjanjian pelantikan tersebut di sempurnakan oleh Pengetua sekolah, Puan Sa’adah binti Kasiran sambil ditemani oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Faridah binti Sanib. Manakala Pusat Alumni diwakili oleh Penolong Pendaftar Kanan, En. Anizan Mohd Noor. SMK Meru hadir ke majlis ini dengan diketuai oleh 12 orang guru dan 80 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua, En. Anizan, deklamasi sajak oleh pelajar dan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar. Lebih manis penganjuran program ini disertai oleh seorang guru yang merupakan lulusan UPSI dan ahli Alumni aitu Cikgu Jamil yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan 2002-2006 yang dikenali mengikut batch (Batch WAJA).