Bukit Jambul – Pada 6hb Februari di Bambee Cafe USM, Pulau Pinang telah diadakan Kembara Ibu Kandung Suluh Budiman negeri Pulau Mutiara. Kali ini majlis dihadiri oleh lebih kurang 20 orang Alumni yang diadakan secara santai di Cafe yang cantik dan selesa. Pada kembara kali ini Pengarah Pusat Alumni, Dr. Mohd Izwan Shahril hadir untuk menyampaikan taklimat dan seterusnya membuat pelantikan jawatankuasa. Pada pemilihan di negeri Pulau Pinang ini ahli telah melantik Cikgu Mohamad Izzat bin Zahari sebagai pengerusi diikuti dengan jawatankuasa kecil yang lain..