Kembara Ibu Kandung Suluh Budiman dan Pelantikan Jawatankuasa Negeri Perak Utara

Taiping – Majlis Kembara Ibu Kandung Suluh Budiman Pusat Alumni diteruskan lagi ke negeri Perak pada 17hb Februari. Bertempat di Hotel Taiping Peradana dengan bantuan Alumni UPSI yang bertugas di PPD Taiping, seramai lebih kurang 50 orang alumni berjaya dikumpulkan. Perjumpaan kali ini mampu menarik alumni era MPSI untuk turut sama hadir. Banyak perkongsian dan idea baru dapat di kumpulkan untuk sama-sama meningkatkan peranan Pusat Alumni dalam meningkatkan keterlihatan universiti di mata orang luar selain dari aspek kebolehpasaran graduannya. Pada kembara kali ini Cikgu Safuan yang merupakan pegawai PPD Taiping dan Alumni era MPSI telah dipilih sebagai pengerusi. Ini bermakna program kembara ini meliputi pelbagai era dari segi sambutan dan pelantikan jawatankuasanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *