Alor Setar – Pada 18 Januari bertempat di Alora Hotel Alor Setar, Pusat Alumni buat julung kalinya membuat siri kembara Ibu Kandung Suluh Budiman Darul Aman. Hampir 50 orang alumni pelbagai era hadir ke majlis ini. Selain penerangan berkaitan pencapaian Pusat Alumni dan UPSI terkini, satu lantikan jawatankuasa AKSB negeri Kedah telah dibuat.
Secara rasminya Dato’ Fauzi yang merupakan mantan SU negeri Kedah dilantik sebulat suara sebagai pengerusi. Tujuan jawatankuasa dibentuk adalah untuk merangka program dan aktiviti peringkat negeri bagi pihak Pusat Alumni. Mereka ini akan membantu Pusat Alumni berkaitan program dan lain-lain aktiviti seperti pengumpulan data alumni di peringkat negeri.