Karnival Jejak Alumni Chapter Negeri Sembilan

Seremban – Pada 13-14 April 2018, telah berlangsung Karnival Jejak Alumni di Negeri Sembilan bertempat di Kolej Vokasional Ampangan, Seremban. Program ini telah dikendalikan oleh Exco PASB dengan Chapter PASB Negeri Sembilan dan Kolej Vokasional Ampangan, Seremban. Objektif program ini bertujuan untuk mengesan, menjejaki, memupuk dan mengeratkan silaturahim semua bekas pendidik lepasan SITC, MPSI, IPSI dan UPSI khususnya yang berada di Negeri Sembilan. Pendaftaran alumni telah bermula pada 13 April 2018 bertempat di Dewan Bestari Budiman dan seramai dalam 50 orang ahli alumni yang telah hadir. Pada 14 April 2018, telah berlangsung Pameran Kerjaya & Pendidikan dan pelbagai jualan dan “Food Truck”. Majlis Perasmian Karnival Kerjaya dan Pendidikan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Abu Ubaidah bin Dato’ Haji Reza (Exco Kerajaan Negeri Sembilan) dan Ucapan Utama disampaikan oleh Tn. Kharuddin bin Haji Ghazali (Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan). Selain itu juga, telah berlangsung program Bicara Tokoh yang terdiri daripada dua panel jemputan iaitu Cikgu Sidek Saniff, Mantan Menteri Kanan, Singapura dan Dato’ Haji Hamdan Bahari Speaker Dun Perlis. Panel Kehormat pula adalah Tn. Pkharuddin Bin Hj. Ghazali (Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan) serta Dr. Mohd Izwan Bin Shahril (Pengarah Pusat Alumni UPSI). Pada pukul 2.30 petang, Mesyuarat Agung Tahunan PASB telah diadakan untuk kali Ke-31/2018 dan majlis ditutup dengan taklimat Koperasi oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan oleh Tuan Nurhisham bin Muhammad Ali dan Tuan Zainal Abidin bin Mudir.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *