Tawau –Program Jejak Alumni Suluh Budiman di Bawah Bayu ini merupakan program kerjasama Pusat Alumni bersama Majlis Mahasiswa Kolej Kolej Ungku Omar dengan kerjasama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI. Program ini bertujuan untuk menjejak alumni yang berada di Sabah dan sekaligus mengumpulkan rekod alumni bagi tujuan QS Ranking Universiti. Majlis Perasmian Penutupan dan Ramah Mesra Alumni telah berlangsung pada pukul 8.00 malam di Dewan Terbuka, SMK Balung yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching. Turut hadir Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Profesor Madya Dr. Md Amin Md Taff. Seramai dalam 20 orang alumni yang telah hadir memeriahkan majlis. Pusat Alumni telah mengedarkan Kad Jejak Alumni kepada alumni yang hadir dan mereka wajib mengisi maklumat kad tersebut dan mengembalikannya kepada pihak urus setia. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching bersama alumni dan urus setia serta ahli jawatankuasa program.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram