PENGUMUMAN :

Logo 20Th UPSI NoStrok 20TAHUN PENUBUHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

cikguyati   bersamatnc

WhatsApp Image 2017 05 16 at 3.58.29 PM

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Noor Hayati binti Zakaria yang bertugas di SMK Bandar Behrang 2020, Tg Malim diatas anugerah yang diterima iaitu ANUGERAH TOKOH ALUMNI 2017 sempena Sambutan Hari Guru yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 16 Mei 2017. Beliau merupakan Alumni UPSI 2009 dalam bidang Sarjana Pendidikan (Sains Sukan). Beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM sebanyak 4 kali (2003, 2005, 2010 & 2014).

BIODATA :

Nama : Noor Hayati binti Zakaria

Jawatan : Guru Cemerlang (Bimbingan & Kaunseling)

Bertugas : SMK Bandar Behrang 2020, Tg Malim

Graduan UPSI : Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) 2006-2009

Anugerah Akademik :

1. Graduan Terbaik Keseluruhan Fakulti (UPM 2001)

2. Guru Pelatih Terbaik (MPTAA 1993)

Anugerah Perkhidmatan :

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (4 kali - 2003, 2005, 2010 & 2014)

2. Anugerah Guru Bimbingan & Kaunseling Terbaik Negeri Perak (2008)

3. Anugerah Khas Jurulatih Utama Unit Kokurikulum Negeri Perak (2013)

4. Anugerah Tokoh Guru (Kokurikulum) SMKBB 2020 (2015)

Sumbangan :

1. Bendahari Agung PASB (2010-kini)

2. Bendahari Kehormat Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (2012-kini)

3. Bendahari Kehormat Majlis Guru Kaunseling Negeri Perak (2007-2015)

4. Jurulatih Utama Psikometrik Kebangsaan (2015-kini)

5. Jurulatih Utama Unit Kokurikulum Negeri Perak (2013-kini)

6. Pemain Bola Tampar Negeri Perak (MSKPP) - 2001-kini

7. Jurulatih Bola Tampar Negeri Perak (MSSM)

8. Penulis & Pembentang Kertas Kerja di peringkat Negeri, Kebangsaan & Antarabangsa (2013-kini)