PENGUMUMAN :

Logo 20Th UPSI NoStrok 20TAHUN PENUBUHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Walaupun sudah melalui beberapa era, institusi ini masih gah dengan bangunan-bangunan yang merupakan mercu tanda kepada setiap alumninya. Kepulangan antara mereka ke bumi Tanjung Malim bagi mengimbau kenangan sepanjang berada di sini dengan melawat mercu tanda tersebut.

 
Fix MT SuluhBudiman   Fix MT2 DEWAN SRI TANJONG 2 edit   Fix MT BANGUNAN YUSUFF AHMAD 1
MT suluhBudiman    MT SriTanjong    MT YusoffAhmad
         
 Fix MT2 RUMAHZaaba 3 edit    Fix MT2 RUMAH TAMU 3 edit    Fix MT RUMAH ALUMNI 5
 MT RumahZaaba    MT RumahTamu    MT rumahAlumni
         
 Fix MT SURAU ANNUR 1    Fix MT GALERI SENI 1    Fix MT PADANG 1
MT SurauAnNur   MT galeriSeni   MT Padang
         
 Fix MT FAKULTI FPTV 1    Fix MT DEWAN KULIAH A    Fix MT DEWAN KULIAH B
 MT FakultiFPTV    DewanA    DewanB