PENGUMUMAN :

Pusat Perhubungan Alumni kini telah bertukar nama kepada PUSAT ALUMNI berkuatkuasa 16 Mei 2017

Menyedari keperluan mengadakan suatu mekanisme yang menjadi jambatan dua hala menghubungi bekas-bekas pelajar (Alumni) SITC, MPSI, IPSI dan UPSI yang berada di seluruh pelusuk tanahair, Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam dengan pihak UPSI dan sebaliknya, maka Pusat Perhubungan Alumni (JHEPA) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Unit ini bekerjasama dengan Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI yang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan Alumni setiap tahun.