PENGUMUMAN :

Para graduan diminta untuk mengisi Soalan Kajian Pengesanan Alumni di pautan google form yang disediakan.Slip bukti halaman terakhir soalan tersebut perlu dihantar ke Kaunter Alumni yang dibuka semasa sesi pengambilan jubah dari 19/10/2017(Khamis) hingga 21/10/2017 (Sabtu). Terima kasih

Menyedari keperluan mengadakan suatu mekanisme yang menjadi jambatan dua hala menghubungi bekas-bekas pelajar (Alumni) SITC, MPSI, IPSI dan UPSI yang berada di seluruh pelusuk tanahair, Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam dengan pihak UPSI dan sebaliknya, maka Pusat Perhubungan Alumni (JHEPA) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Unit ini bekerjasama dengan Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI yang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan Alumni setiap tahun.