PENGUMUMAN :

Program Sirih Pulang Ke Gagang & Sambutan 95 Tahun Ibu Kandung Suluh Budiman. Tarikh: 28 Nov 2017 - 29 Nov 2017 (Selasa & Rabu), Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Semua warga alumni dijemput hadir untuk memeriahkan majlis

PROGRAM ALUMNI BERIMPAK

Program Alumni yang berimpak

CHAPTER ALUMNI

Lorem ipsum dolor sit amet, dolore magna aliqua.

CENDERAMATA ALUMNI

Lorem ipsum dolor sit amet, dolore magna aliqua.

KEMPEN ALUMNI CARE

Lorem ipsum dolor sit amet, dolore magna aliqua.

TOKOH ALUMNI

Lorem ipsum dolor sit amet, dolore magna aliqua.

E-BULETIN ALUMNI

Lorem ipsum dolor sit amet, dolore magna aliqua.

BIOGRAFI RINGKAS:

Sani Araby Al-Kahery atau nama sebenar beliau Ahmad Sani Araby Bin Dato' Abdul Alim Araby merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya membina syarikat perniagaan dan beliau juga begitu aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan serta kemasyarakatan dalam & luar negara. Dilahirkan di Pulau Pinang pada 4hb Julai 1984, beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga berketurunan campuran Arab-Melayu, beliau lebih dikenali sebagai Sani Araby Al-Kahery di media massa dan sosial. Beliau mendapat pendidikan asas perguruan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang TESL (Teaching English as Second Language) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau meletakkan prinsip "Pioneering & Versatility " dalam mode kepimpinan dan kemasyarakatan. Beliau berpandangan bahawa setiap apa yang dilakukan perlulah dilaksanakan dalam standard yang High-Impact, mengutamakan strategi yang berkesan, seminima kos serta tenaga dan memberi manfaat yang besar serta bersifat multiple effect impact .

Beliau kini giat memperjuangkan nasib rakyat Palestin, Syria dan Rohingya yang ditindas. Sani Araby Al-Kahery juga sering dijemput berucap dan memberi buah fikiran di peringkat antarabangsa dan dalam negara menerusi persidangan-persidangan serta perbincangan meja bulat. Pada Mac 2013, beliau bersama Presiden MAPIM telah dijemput untuk membahaskan tentang isu kemanusiaan Rohingya dan Gaza di Persidangan Human Right Council Kali Ke-22 (United Nation) di Geneva, Switzerland. Atas kejayaan mengasaskan beberapa pelan-pelan strategik bertindak untuk projek-projek kemanusiaan, Sani Araby Al-Kahery menjadi rakyat Malaysia pertama yang di lantik sebagai Presiden Kehormat sebuah organisasi kemanusiaan Youth For Syria (Y4S) yang berfungsi membantu dan memperjuangkan isu-isu Syria. Beliau juga telah dilantik menganggotai Board Of Trustee, Kesatuan NGO Kemanusiaan Syria (ITIHAD) yang menaungi 200 NGO kemanusiaan Syria. Penglibatannya tidak terhad kepada kerja bantuan kemanusiaan sahaja, malah beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Malaysia-Kosovo Islamic Micro-Credit Assistance Commission. Beliau dikenali sebagai anak muda yang berpandangan besar untuk membantu Ummah. Oleh kerana itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang.

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN:

  • Duta Kemanusiaan OIC-ICHAD (Gaza)
  • Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang
  • Anugerah Tokoh Ikon Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2015
  • Anugerah Kepimpinan Individu Terbaik (Lelaki), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2006

JAWATAN TERTINGGI SEDANG DISANDANG (KERAJAAN):

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2016-2019)

AL-ARABY GROUP OF COMPANIES (KORPORAT):

Sani Araby Al-Kahery merupakan Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby bermula pada tahun 2008 hingga kini. Al-Araby Group of Companies merupakan syarikat milik penuh bumiputera dan kini sedang meluaskan cabang perniagaan dalam bidang F&B, Perladangan Rusa, Import & Eksport, Halal Industri, Perhotelan dan juga Konsultansi Syarikat. Antara syarikat yang sedang bergerak maju di bawah naungan Al-Araby adalah:

  • Al Araby Holdings (M) Sdn. Bhd.
  • Al Araby Mathaam (M) Sdn. Bhd.
  • Al Araby Palace of Middle Eastern Cuisine
  • Lenggong Valley Legacy (M) Sdn. Bhd.
  • Precious Gold Tree International Sdn. Bhd.
  • 7 Days Halal Stores & Wholesale

AKTIVIS KEMANUSIAAN & KEMASYARAKATAN:

Antara jawatan yang sedang disandang dalam organisasi dan NGO dalam dan luar negara adalah:

Antarabangsa

  • Honorary President - Youth For Syria (Y4S) Organisation
  • Board of Trustee - Kesatuan NGO Kemanusiaan Syria (Itihad Syria)
  • Chairman, Malaysia - Kosovo Islamic MicroCredit Assistant Commission
  • Chairman, Malaysia-Syria High Commission For Humanitarian Assistant
  • Executive Project Director - International Rescue Syria Humanitarian Projects
  • Executive Project Coordinator - International Grand Campaign: Rebuild Gaza For Ummah

Kebangsaan

  • Pengarah Strategi & Perhubungan Korporat, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
  • Penasihat Pembangunan Strategik, Pusat Dalam Komuniti (OKU) Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang

Beliau merupakan pencetus dan penggerak utama secara lansung dalam Pembangunan Semula Pusat Dalam Komuniti OKU di Bandar Seberang Jaya. Menerusi strategi yang berkesan, projek ini berjaya disempurnakan pembinaan bangunan Pusat OKU ini yang berjumlah hampir RM 500,000.00 hanya dalam masa 6 bulan. Kini pusat ini telah beroperasi di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat dan memberi khidmat kepada golongan OKU yang memerlukan.

127409
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All_Days
90
561
4295
118792
11198
18805
127409

Your IP: 54.225.36.143
2017-11-19 01:36