PENGUMUMAN :

Logo 20Th UPSI NoStrok Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan sambutan 20tahun penubuhannya pada 5 hingga 15 September 2017

PROGRAM ALUMNI

Program yang dijalankan oleh Pusat Perhubungan Alumni

PROGRAM ALUMNI

PENERBITAN

Buletin Alumni dan Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Perhubungan Alumni

PENERBITAN

CHAPTER ALUMNI

Chapter mengikut negeri dan Kohort yang ditubuhkan oleh Pusat Perhubungan Alumni

CHAPTER ALUMNI

DAFTAR ALUMNI

Sistem masih dalam proses pembinaan.

DAFTAR ALUMNI

KAJIAN PENGESANAN ALUMNI

Kajian Pengesanan Alumni yang perlu diisi oleh graduan sebelum Istiadat Konvokesyen

KAJIAN ALUMNI

BIOGRAFI RINGKAS:

Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah (lahir 30 Januari 1941 di Gombak, Kuala Lumpur). Nama pena beliau adalah Kemala yang merupakan seorang penyair terkenal dan Sasterawan Negara (2011) Malaysia. Ayah Kemala, Abdullah Hj. Daud merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang sebelum itu hanya khusus untuk anak golongan atasan sahaja. Dengan itu ayahnya dianggap sebagai “cendekiawan ilmu duniawi” dan fasih pula bertutur dalam bahasa Inggeris. Ibu Kemala, Rukiah Amir pula sangat meminati kesenian. Beliau pandai bercerita dan berkebolehan menyanyikan syair-syair termasyur seperti Dandan Setia, Siti Zubaidah, Selendang Delima dan lain-lain lagi. Di samping itu, ibunya juga kaya dengan perbendaharaan cerita dongeng rakyat. Datuk sebelah bapa Kemala juga merupakan seorang yang berpengaruh. Beliau merupakan seorang imam dan sekaligus guru agama di kampungnya. Daripada beliaulah Kemala mengikuti pengajian agama seperti Tafsir Al-Quran dan Ilmu Fiqah.

Mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur. Pada tahun 1956, Kemala belajar di Institut Dharma. Kemudian, dari tahun 1958 hingga 1962, Kemala melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Dengan belajar sendiri beliau lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1962 dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1974. Mendapat doktor falsafah (Persuratan Melayu) pada 2000 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bakat Kemala mulai tumbuh sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dia pernah memenangi hadiah mengarang cerita pendek mingguan kanak-kanak Hiburan dengan cerita “Pengembaraan Ahmad”. Bakat beliau diperkembangkan semasa menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Di sana dia diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Pelajaran dan Persuratan bagi Persatuan Penuntut, Presiden Persatuan Bahasa Melayu, Ketua Pengarang Cenderamata dan Ketua Satu Perkumpulan Sastera 60 MPSI. Pada tahun 1961, drama beliau “Sri Lembayung” dipentaskan di MPSI.

Kemala pernah menjadi Guru Pelatih sebelum diterima belajar di MPSI. Selepas menjalani kursus perguruan, Kemala mengajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Baru pada tahun 1962 dan Sekolah Kebangsaan Tiram Buruk, Tanjung Karang dari tahun 1963 hingga 1966. Kemudian dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Gong, Pelabuhan Klang dari tahun 1967 sehingga tahun 1968.

Kemala meninggalkan lapangan perguruan pada bulan Mac 1968 dan berkhidmat pula sebagai Penyunting di Dewan Bahasa dan Pustaka. Di sini dia telah diberi tanggungjawab mengelolakan majalah Dewan Pelajar di samping membantu penerbitan majalah-majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya.

PENGHARGAAN:

  • Hadiah Sastera Malaysia/Hadiah Sastera Perdana (1972, 1995, 1999)
  • SEA Write Award, Thailand (1986)
  • Anugerah Dato' Paduka Mahkota (2001)
  • Gelar Pujangga, UPSI (2003)
  • Anugerah Sasterawan Negeri Selangor Darul Ehsan (2005)
  • Anugerah Abdul Rahman 'Auf (2006)
  • Hadiah Sastera Utusan Ecxon (selama beberapa tahun)
  • Sasterawan Negara (2011)

HASIL PENULISAN:

  1. Lanskap ungu :Penerbit UPM, 2010.
  2. Ziarah Tanah Kudup : puisi pilihan 1996-2004 ;DBP, 2006.
  3. CITRA wanita dalam sastera Melayu 1930-1990 / penyelenggara Ahmad Kamal Abdullah & Siti Aisah Murad. ;DBP, 2000.
  4. REAKSI wawancara dengan sarjana Eropah / penyelenggara Ahmad Kamal & Abdullah Shamsuddin Jaffar ;DBP, 1997.
  5. JAMBAK 4 : proses kreatif pengarang melayu / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah & Zaiton Ajamain ;DBP, 1995.
  6. Jambak 3: proses kreatif pengarang Melayu diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Zaiton Ajamain ;DBP, 1995
  7. Mustika diri : bunga rampai karya penulis wanita 1930-1990 / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Siti Aisah Murad ;DBP, 1994.
  8. Sempana : himpunan esei penelitian oleh sarjana kesusasteraan Melayu antarabangsa / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah, Shamsuddin Jaafar & Ahmad Razali Yusof ;DBP,1994.
  9. Kesusasteraan bandingan dalam perbincangan ;DBP, 1994.
  10. Puisi baharu Melayu, 1961-1986 / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Yusof ;DBP, 1990.
  11. Gagasan : esei- esei puisi Melayu moden ;DBP, 1990.
  12. Gejala esei dan kritikan puisi Melayu moden 1955-1986 / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah. ;DBP, 1989.
  13. Kumpulan puisi Malaysia = Malaysian poetry 1975-1985. ;DBP, 1988.
  14. Unsur-unsur Islam dalam puisi Melayu moden;DBP, 1988.
  15. Malaysia dalam puisi / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah & Ahmad Razali Haji Yusof. ;DBP, 1988.
  16. Tanggapan : pembicaraan karya-karya Shahnon Ahmad / diselenggarakan oleh Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad & Ahmad Kamal Abdullah. ;DBP, 1984.
  17. Puisi-puisi nusantara / diselenggarakan oleh Ahmad Kamal Abdullah. ;DBP, 1981.
  18. Ahmad Kamal Abdullah. Simbolisme dalam Puisi Islam di Malaysia 1970-1990. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010

LENSA ALUMNI

092403
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All_Days
355
549
1897
85787
11609
18344
92403

Your IP: 54.80.77.124
2017-09-20 15:02