PENGUMUMAN :

Logo 20Th UPSI NoStrok Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan sambutan 20tahun penubuhannya pada 5 hingga 15 September 2017

PROGRAM ALUMNI

Program yang dijalankan oleh Pusat Perhubungan Alumni

PROGRAM ALUMNI

PENERBITAN

Buletin Alumni dan Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Perhubungan Alumni

PENERBITAN

CHAPTER ALUMNI

Chapter mengikut negeri dan Kohort yang ditubuhkan oleh Pusat Perhubungan Alumni

CHAPTER ALUMNI

DAFTAR ALUMNI

Sistem masih dalam proses pembinaan.

DAFTAR ALUMNI

KAJIAN PENGESANAN ALUMNI

Kajian Pengesanan Alumni yang perlu diisi oleh graduan sebelum Istiadat Konvokesyen

KAJIAN ALUMNI

BIOGRAFI RINGKAS:

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, sebuah solok terpencil dikelilingi oleh hutan belukar dan kebun getah terletak di Kampung Bukit Tembun, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau anak ke-6. Beliau pernah menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi kedi/pemungut bola golf dan dibayar 1 sen sehari dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman. Apabila ibu bapanya, meninggal dunia, empat adik beradik meninggalkannya sebatang kara di Kuala Pilah. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Abdul Ghafar pernah makan reja-reja roti di kedai kopi seorang Cina Hailam. Kadang-kala beliau menumpang tidur di rumah kawan dan tidur di bilik darjah sahaja. Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tuanku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

KELUARGA:

Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi menceraikannya pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam, Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bongsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia.

PENDIDIKAN:

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931-1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937-1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946-1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949-1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955-2004).

Selaku ketua pelajar di SITC, beliau membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatian oleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, guru pelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusuli dengan mengadakan mogok secara aman.

JAWATAN:

  1. Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,
  2. Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955
  3. Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973
  4. Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967
  5. Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
  6. Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
  7. Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
  8. Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986)
  9. Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

PENGHARGAAN:

Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan.Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja.

Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985, anugerah ‘Bapa Perpaduan’ oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, ‘Malaysian Institute of Management Honorary Fellowship Award’ pada tahun 1988, anugerah ‘Bapa Yang Disayangi’ oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M. yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 1995 dan anugerah ‘Tun Abdul Razak Foundation National Award’ pada 19 Mac 1998.

MENINGGAL DUNIA:

Pada 23 April 2006, beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau telah dirawat 90 hari di beberapa buah hospital. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

LENSA ALUMNI

092426
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All_Days
378
549
1920
85787
11632
18344
92426

Your IP: 54.80.77.124
2017-09-20 15:07