PENGUMUMAN :

Logo 20Th UPSI NoStrok Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan sambutan 20tahun penubuhannya pada 5 hingga 15 September 2017

PROGRAM ALUMNI

Program yang dijalankan oleh Pusat Perhubungan Alumni

PROGRAM ALUMNI

PENERBITAN

Buletin Alumni dan Jurnal yang diterbitkan oleh Pusat Perhubungan Alumni

PENERBITAN

CHAPTER ALUMNI

Chapter mengikut negeri dan Kohort yang ditubuhkan oleh Pusat Perhubungan Alumni

CHAPTER ALUMNI

DAFTAR ALUMNI

Sistem masih dalam proses pembinaan.

DAFTAR ALUMNI

KAJIAN PENGESANAN ALUMNI

Kajian Pengesanan Alumni yang perlu diisi oleh graduan sebelum Istiadat Konvokesyen

KAJIAN ALUMNI

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh (24 Jun 1934 – 1 Julai 2013 ialah ahli akademik dan sasterawan Malaysia. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya. Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.

BIOGRAFI RINGKAS:

Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Awang menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung, sebuah sekolah rendah di tempat asalnya. Pendidikannya kemudian tergendala, akibat Perang Dunia II. Walaupun demikian, beliau memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah pada tahun 1949, lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak. Pada 1951, Awang menyambung pendidikannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak seterusnya sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas) daripada Universiti Malaya pada 1964, diselang seberapa tahun sebagai guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star lalu sebagai Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC) yang juga di Alor Star. Pada sesi akademik 1963/1964, beliau turut bergerak aktif sebagai Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). 

Pada 1964, Awang menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur lalu menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1974. Selain itu, beliau juga menerbitkan novel sulungnya, Biru Warna, pada 1966. Ringkasan penerbit novel itu berbunyi sebahagiannya seperti yang berikut: "Keindahan rasa selalunya bermain dalam cahaya biru. Dan di tangan seorang seniman, cahaya itu digarapnya menjadi nada untuk muzik, menjadi bahasa untuk sastera, dan menjadi garis untuk lukisan. Dan Awang Had Salleh bukan saja mencipta "Biru Warna", sebuah novel, tetapi juga lukisan dan lagu dengan nama yang sama." Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom (lihat bahagian kronologi untuk perincian).

Pada 1975, Awang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

JAWATAN YANG PERNAH DI SANDANG:

  • Penasihat Khas Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan
  • Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO
  • Pengerusi Lembaga Tadbir Institut Teknologi Kreatif Limkokwing
  • Penasihat Kehormat Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN)
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Pengerusi Penasihat Akademik Informatics Malaysia
  • Pengerusi Entertainment Village (M) Sdn. Bhd.(E-Village)

ANUGERAH:

  • Pingat dan darjah kebesaran daripada Dato' Bentara Zuhdi Johan Mangku Negara (J.M.N.) (1975)
  • Pingat dan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) (1978)
  • Pingat dan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (1982) yang membawa gelaran Tan Sri
  • Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK) (1983)
  • Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Brock University
  • Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Profesor Emeritus daripada Universiti Utara Malaysia; dan
  • Distinguished Fellow of ISIS Malaysia.

HASIL PENULISAN:

Antara buku tulisan beliau dan berkaitan beliau:
1. Universiti sebagai taman minda : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998.
2. Merah, kuning, biru : Federal Publications, 1998.
3. Awang Had Salleh : tokoh pendidikan negara / Haris Fadillah.:Pustaka Bakti Wira , 1996.
4. Warna-warna pengalaman seorang guru : Utusan Publications & Distributors, 1993.
5. Budi / diselenggarakan oleh Awang Had Salleh. :Marwilis Publisher & Distributors, 1990.
6. Laporan jawatankuasa mengkaji pengunaan bahasa Malaysia. :Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982.
7. Pendidikan ke arah perpaduan : sebuah perspektif sejarah / [Suntingan] Awang Had Salleh. :Fajar Bakti, 1980.
8. Karangan, fahaman dan analisa. : Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1980.
9. Pendidikan dan pentadbiran sekolah rendah : kumpulan kertaskerja KONPEN iii / Awang Had Salleh ; disunting oleh M. Noor Azam.:Sarjana Enterprise, 1980.
10. Buat menyapu si air mata : DBP, 1980.
11. Bahasa Malaysia pendekatan baru / oleh Awang Had Salleh, Haji Mokhtar Mohd. Dom & Haji Abdul Razak Hamid. :Fajar Bakti, 1978.
12. Bimbingan bahasa Malaysia yang berkesan / Awang Had Salleh & Abdul Samat Salleh. :Fajar Bakti, 1975.
13. Pelajaran dan perguruan Melayu di Malaya zaman British : DBP, 1974.
14. Teman pelajar bahasa Malaysia.

LENSA ALUMNI

092451
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All_Days
403
549
1945
85787
11657
18344
92451

Your IP: 54.80.77.124
2017-09-20 15:12