Objektif Universiti

  • Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana , mengembang dan memperdalam ilmu.
  • Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
  • Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan termasuk perangkaian maklumat , pendidikan , penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara.
  • Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketrampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis.
  • Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin ke atas peri perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara, terutamanya ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalistis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.